Powered By Blogger

Monday 11 July 2011

lazy Doe

to be honest...aku sekarang ni di landa perasaan malas yang teramat sangat... siyes sangat malas nak buat... keje terutamanya... tambah2 lagi bende yang susah2.... bleh x bagi yang senang2 jer... yang tak perlu fikir... bleh main buat jer... erkk.. (bile lah nak maju klu berfikiran mcam nih jer... aihhh...) hurm…. So, bile dah malas nak buat keje tuh, ape lagi yang aku buat… layan komik la… hikhik!! Dah bertimbun2 komik yang sedang menunggu untuk dibaca… kehkeh! Lagipun, aku dah buat target.. Selagi aku x abeskan at least separuh dari buku2 yang sedang menunggu tuh, aku xkan beli buku lain(bleh ke nih.. (^_^)v)…. Tapi, sangap gile rase bile xbley beli buku…. Bile kuar je… kene avoid dari masuk kedai2 buku… MPH ke Popular ke… erk….. Sadis…sadis… haih…

So, sekarang…aku tengah membaca komik ‘Kijiya‘…..

KIJIYA By Zint

Aku baru beli Komik terbaru karya Zint, sorang pelukis komik berbangsa cina warganegara Malaysia yang aku minati. Kenapa aku minat Zint? kerana dia banyak melahirkan idea-idea yang kreatif dan selalunya di luar jangkaan. Aku anggap dia sebagai sorang dari pelukis komik yang patut aku contohi.
Komik Kijiya berlatar belakangkan bumi selepas bencana alam yang telah mengundang kemunculan pelesit untuk mengganggu-gugat ketenteraman umat manusia. Manusia yang mempunyai kuasa sihir dan keupayaan istemewa bergabung serta membentuk satu kuasa untuk menghapuskan musuh yang bangkit dari dunia gelap. Kijiya dan rakan-rakannya adalah pelajar ahli sihir dari Sekolah 0109 dan mereka merupakan tunjang harapan masa depan untuk melawan segala anasir jahat pelesit.



Lawak kampus & 2 dudes 





LAWAK KAMPUS...!!!
aku ade la beli sikit² gak keluaran komik nie...
layan siot lawak die...
sempoi...
sgt sempoi die wat lawak...
aku leh gak gelak sorang...
hehehehehe...
tak salah aku harga die dalam rm6.50 je kat
semenanjung malaysia nie...
tapi memang itam putih la...
tak der la colour²...
ehehehehe...
tapi memang layan...
tahniah la buat keith & zelo
...lagi satu komik yang aku suka ialah 2 dudes...

komik nie pon gempak...
ade la dalam koleksi aku...
aku minat citer nie sebab ade satu mamat
nie memang otai giler...
kire kepala kering die je la...
hehehehehe...
kat pasaran dalam rm7.50 tak salah aku...
aku juga ingin ucap tahniah pada zint...
semoga korang trus berjaya...
515...!!!



Koleksi Komik Under 18 Aku.

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog Ceritera Seorang Budak Bandar.

Yeszz!!! Akhirnya hajat aku untuk mengumpul semua koleksi komik Under 18 telah pun terlaksana. Untuk pengetahuan korang, aku memang meminati komik tak kira lah dari mana, Malaysia ke, Jepun atau USA sekalipun. Secara ringkasnya, aku telah terpikat dengan komik dan jatuh cinta terhadapnya.

Antara komik di Malaysia yg paling aku suka ialah komik Under 18 karya Zint. Aku rasa mungkin korang sudah pun mengenali komik ni sebab aku rasa komik ni paling popular. Dimana-mana ceruk kat dalam Malaysia ni pun, kalau aku cakap pasal Under 18 semua orang tahu.

First edition komik Under 18 ni telahpun dipublished pada tahun 2001 aku rasa. Pada masa itu, aku ada seorang member yg boleh dikatakan gila komik. Macam-macam komik dia ada dalam simpanan dia. Pasal dialah aku pun turut jatuh cinta dengan komik. Tapi, sayang sekali aku terpaksa melupakan komik buat sementera waktu kerana perintah ibubapa yg tak mahu aku membaca komik kerana melalaikan.

Tapi, aku ini adalah seorang anak yg degil. Bila boring je, aku akan kayuh basikal pergi ke rumah member aku semata-mata untuk membaca komik. Takpun, aku suruh member aku bawak komik yg dia ada ke sekolah. Manalah tau, kalau cikgu tak datang ke, boleh la baca komik dalam kelas. Itu lebih baik daripada suka mendajalkan budak2 lain yg tengah tidur. Kan??

Aku mula membeli komik sendiri setelah aku habis sekolah. Masa itu, aku bekerja dan mempunyai duit sendiri. So, bila dah dapat duit, aku akan jadi boros lepas tu shopping sakan. Antara benda2 yg aku selalu beli ialah baju, seluar, kasut converse, dan tak lupa majalah Gempak dan komik. Disamping itu juga aku ada bantai beli novel Harry Potter kerana aku memang minat dengan cerita itu.walaupun aku x paham bahasa inggeris dye tapi disebab kan minat aku bantai beli jgk hehehE!!!!!!!!!!!

Bila aku start belajar dekat Polytechnic, aku teringat akan komik Under 18 ni. Korang bayangkanlah berapa tahun aku lupa pasal Under 18. Sejak aku Form 3 sampai la sekarang ni, aku lupa pasal Under 18. Pada saat itulah, aku mula berazam untuk menjalankan operasi mencari, membeli dan menyimpan koleksi komik Under 18.

Dan pada minggu lepas, aku telahpun berjaya mengumpul komik Under 18 ini. Ape korang ingat senang ke nak mencari komik yg telah lama wujud ni? Under 18 ni wujud masa aku Form 3 kot aku rase la. Kalau baru keluar takpe jugak, senang je cari kat kedai. Nak buat collection punya pasal, aku kena pusing satu Pasir gudang, city square johor,hingga ke Jusco tebrau

Aku suka komik Under 18 sebab komik ni mengisahkan budak sekolah yg boleh dikatakan melampau. Seperti contoh, suka cari gaduh, kecik2 dah pandai hisap rokok, dan macam2 lagi peraturan yg diorang langgar. Disamping itu, ada juga nilai2 murni yg diselitkan dalam cerita ini macam persahabatan, tolong menolong dan percintaan. Jalan cerita komik ni boleh dikatakan mengikut citarasa aku sebagai pembaca. Chewahh!

So, kat bawah ini adalah senarai komik Under 18 yg aku ada:


Ini komik Under 18 yg first sekali keluar. Masa aku Form 3 komik ni memang terhangat di pasaran.


Komik ini bukan sambungan daripada komik yg atas tu, watak dia berlainan. So, bila baca dari first comic jangan terkejut pulak kenapa tiba2 lain je.


Komik ni sambungan dari komik yg diatas. (gambar no. 2)


Ni pun sambungan dari komik diatas. (gambar no. 2 dan 3)


Ni last sambungan komik diatas. Macam Season Finale la. (gambar no. 2,3,dan 4)


Komik ni lak, sambungan komik yg diatas sekali (gambar no. 1). Ini dia flashback masa zaman kecik2 dulu.


Yang ni lak, bukan komik, tapi novel bergambar. Jalan cerita dia sama dengan komik Under 18 yg first sekali (gambar no. 1) tapi dia buat dalam bentuk novel ringan.

Selain Under 18, aku ada jugak komik lain dan aku akan terus membeli dan menyimpan komik kerana aku dah jadikan ia sebagai satu hobi. Ok, bye2. Sekian, trimas.









doodles of life

1 comment: